Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dah malu, mereka mula mengelabah. Bukan calang - calang orang yang nak diperkotak - katikkan mereka. Tetapi Sultan Johor. Ibarat jolok sarang tebuan PKR Johor ni agaknya.
Ianya ekoran isu menggunakan gambar Sultan Ibrahim, Sultan Johor dalam kain rentang bagi ceramah politik mereka sebelum ini. Disebabkan Sultan sendiri marah dan murka dengan perbuatan kononnya nak mengheret Tuanku ke kancah politik, maka tak cukup tanah mereka nak pergi minta maaf.
Ahli Jawatankuasa PKR Negeri, Hassan Karim berkata pihaknya bersedia menghadap Sultan untuk menjelaskan keadaan sebenar. Itu pun KALAU Sultan perkenankan. Nak jelas apa lagi? Terang - terang terpampang gambar beliau di kain rentang tu. Ayat pun macam mempergunakan Tuanku.
Yang bertambah peliknya, kenapa si Katak Besar Putih sendiri yang tak menyatakan kesediaan untuk berjumpa dengan Sultan Johor? Kenapa hanya AJKnya sahaja yang menyatakan kesediaan? Banyak pulak alasannya. Kata bukan mereka yang buat la, apa la. Rakyat dia nak tipu, Sultan pun nak tipu jugak ke?
Fikir - fkirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.