Khamis, Ogos 26, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Cuaca bagi kawasan Selangor hari ini dijangka Ribut dan Panas bakal melanda. Sama dengan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang juga akan berlansung pada hari ini. Ianya disebabkan isu yang berkaitan dengan Ronnie Liu dan isu salah guna kepala surat serta cop rasmi beliau sebelum ini.

Dikatakan beberapa pemimpin DAP tidak berpuas hati berkenaan isu tersebut kerana ianya tidak dibincangkan dalam mesyuarat yang lalu. Mereka juga turut menuntut tindakan yang tegas diambil terhadap Ronnie Liu berkenaan isu tersebut.

Walaupun sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh telah memberi arahan agar ahli serta pemimpin DAP menutup mulut dari memperkatakan mengenai isu tersebut, namun ianya masih menghadapi pelbagai persepsi mengenainya. Malah ada pihak yang masih mempersoalkan integriti DAP terhadap arahan tersebut dan menuntut kebenaran didedahkan.

Perubahan cuaca bagi DAP Selangor bakal menjadi tumpuan hari ini. Malah imej yang memang sudah tercalar akan bertambah buruk lagi selepas ini. Namun masihkah rakyat mahu menyokong mereka walaupun ianya membuktikan bahawa mereka juga telah terlibat dalam penyelewengan yang nyata? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping