...Diambil Dari Blog The Unspinner...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Satu berita yang mengejutkan. Kalau sebelum ini mereka suka - suka hati je memaki hamun Polis dengan pelbagai nama panggilan. Tak perlulah Semut tulis apa yang mereka panggil sebab ianya sangat - sangat tidak sesuai.
Tetapi akhirnya mereka terpaksa juga tunduk dengan sistem undang - undang Negara. Semalam setelah begitu lama mengambil masa dan melengah - lengahkan tindakannya, Ronnie Liu membuat laporan Polis. Laporan tersebut dibuat berkenaan isu salahguna kepala surat dan cop rasmi oleh ahli Majlis MPK.
Beliau sendiri turut mendakwa mengetahui perkara itu sudah lama berlaku, tetapi beliau turut menyatakan beliau tidak tahu sejauh mana surat itu sudah digunakan.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor telah memberi kenyataan bahawa isu tersebut telah disiasat oleh pihak Kerajaan Negeri. Malah Lembaga Disiplin DAP sendiri sedang menyiasat berhubung isu itu.
Maknanya, Ronnie Liu bukan sahaja tidak percaya kepada Lembaga Disiplin DAP Negeri. Beliau juga tak percaya kepada Menteri Besarnya sendiri. Kalau tidak, kenapa dia buat laporan Polis?
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.