...Mudah Sangat Bermimpi Di Siang Hari...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kalau bercerita, bab bercakap, mengutuk, mempertikai serta sebagainya memang handal. Tapi nak melaksankannya, haram pernah nak dibuat. Bila dah terdesak, baru nak tengadah.
Itulah hakikatnya bagi nasib orang Melayu di Malaysia hari ini. Kalau nak harapkan mereka bangkit dan berdiri atas kaki sendiri, lambat lagi la nampak gayannya. semua nak kena suap, nak kena disubsidikan. Bila usik sikit bab subsidi, tau pulak melenting. Kalau bagi cadangan untuk mewujudkan Perpaduan, seribu satu alasan yang diberinya. Kenapa?
Persoalan ini yang masih tidak dijawab dengan ikhlas. Yang ada hanya spekulasi dan propaganda agar perpecahan Umat Melayu itu berterusan.
Hari ini, baru lah sibuk nak memperjuangkan hak Melayu. Kalau baca dalam HarakahDaily, Dr. Mujahid Yusof Rawa kata orang melayu Pulau Pinang perlu dibela dalam kerangka kerajaan, bukan kerangka pembangkang. Maka diserunya semua orang melayu agar jangan hilang pedoman dan menjadi kucar - kacir.
Kata beliau, sekarang PAS ada kemampuan memandangkan mereka berada dalam kerajaan walaupun satu kerusi. Satu kerusi je? Itu pun bukan duduk dalam exco. Nak bela apa? bercakap pun belum tentu diterima pandangan, inikan pulak berada diluar lingkungan exco itu.
Kenapa tidak sewaktu awal Tanah Melayu dan sekitar 1970an dulu mereka tidak menjadi penasihat? Bilangan kerusi yang mereka miliki masa tu lebih dari satu. Kenapa waktu itu tidak diambil peluang membela nasib orang Melayu?
Tertanya juga, kenapa Lim Guan Eng tidak melantik Satu kerusi PAS itu menjadi Exco Agama Negeri sedangkan dengan jelas menunjukkan bahawa PAS memperjuangkan Islam. Sudah tentu mereka lebih tahu selok belok hukum Agama berbanding PKR? Ke PKR tu lebih tahu dari PAS?
Fikir - fikirkan lah.
Salam bro, sejak bila pulak PAS terbalik nak bela bangsa Melayu..........bukan ke itu assobiyah...
BalasPadam