...Sesuai...Buat Lap Motor???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Nampak gayanya, DAP Selangor sudah tidak ada ruang untuk melarikan diri. Walaupun Pengerusi DAP Kebangsaan, si Karpal Singki Pecah sebelum ini telah mengeluarkan arahan agar setiap ahlinya menutup mulut, namun tindakan itu terus dikecam.
Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, Datuk Theng Book menyatakan bahawa Ronnie Liu dan Tee Boon Hock perlu tampil memberi keterangan yang benar kepada rakyat. Bukan hanya menutup mulut dan membiarkan spekulasi serta kebenaran itu tidak terjawab.
“The principle of integrity and accountability is merely a slogan
if they try to cover up the issue,”
Timbalan Pengerusi MCA Negeri Selangor, Datuk Dr Wong Sai Hou juga mendesak agar kedua - dua individu terbabit perlu membuat penjelasan kerana rakyat perlu tahu perkara sebenar.
Manakala Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yoew pula menyatakan bahawa arahan menutup mulut berkenaan skandal salahguna kepala surat dan cop rasmi itu merupakan tindakan yang bertentangan dengan prinsip mereka yang dibanggakan sebelum ini. Ia merupakan satu tindakan anti kebebasan media sekiranya tiada sebarang penjelasan yang dilakukan oleh pihak mereka dan juga bagi pihak DAP sendiri.
“This is against media freedom, transparency and accountability
– the principles DAP leaders have been claiming to champion for umpteen years,”
Persoalan mengenai mengapa perlu adanya arahan menutup mulut seumpama ini dilakukan bila isu tersebut mengaitkan mereka? Di mana kebebasan media dalam soal ini? Bukankah mereka yang mewar - war keadilan untuk semua sebelum ini? Atau adakah ianya hanya mainan semata - mata? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Komunis memanglah bias dan berat sebelah. Bila krisis mereka mula nak terbongkar, mulalah nak bagi arahan 'gag order'.
BalasPadamMana CAT?