...Mampukan Perpaduan Ummah Menjadi Kenyataan???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Mungkin posting Semut sejak kebelakangan ini banyak mengenai Perpaduan Ummah. Tidak kira atas dasar apa pun ideologi dan perjuangan kita, Perpaduan Ummah tidak seharusnya berlandaskan semangat Kepartian. Tetapi atas jiwa umat Islam yang benar - benar beriman kepada Allah S.W.T.
Seperti yang selalu Semut katakan, adalah lebih baik seorang kawan menegur kawannya dari seorang musuh. Lebih baik jadi kawan dari jadi lawan.
Hari ini, dua tokoh Ulama Negara menegur Mursyidul Am PAS Pusat, Nik Aziz Nik Mat agar dapat membuang sifat ego dan dendamnya terhadap UMNO menyatukan Ummah. Tokoh Ulama yang juga ahli PAS itu turut berpendapat tiada sebab untuk Menteri Besar Kelantan itu terus menghalang Perpaduan Ummah ini dari menjadi realiti. Hakikatnya, Umat Islam di Malaysia bahkan di dunia kian diancam dari pelbagai sudut.
Yang menjadi persoalan kepada Mohamad Zainal Abidin, ialah apabila Nik Aziz menolak cadangan Perpaduan atas dasar perjuangan yang berbeza sedangkan beliau boleh menerima perjuangan PKR dan DAP terutamanya yang terang - terangan menolak Negara Islam. Mohamad Zainal Abidin merupakan Mudir Pokok Pak Krau.
Bagi Abdullah Sa'amah yang juga Pengasas Pondok Genting menyatakan mengikut hukum Islam, sesiapa yang menolak Perpaduan boleh menjadi fasik kerana ianya diwajibkan dalam Islam. Baca selanjutnya disini.
Apa ruginya jika Perpaduan Ummah ini dijadikan realitinya sedangkan kelebihan yang bakal diperolehi terlalu banyak untuk dinyatakan.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Terngiang - ngiang wasiat Rasulullah S.A.W ketika Baginda terlantar sebelum wafat sambil menyebut Umatti...Umati...(Umat Ku...Umat Ku...) berulang - ulang kali.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.