Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sedih dan kecewa. Adakalanya pelik dan hairan. Kalau difikirkan secara kasar, kelakar pun ada. Itulah perasaan yang bercampur baur apabila memikirkan corak pemikiran sesetengah orang UMNO pada hari ini.
Mungkin ada wajarnya beberapa blogger menghentam pemimpin UMNO secara terang - terangan. Hakikatnya, pemimpin dikalangan ahli UMNO ini sebenarnya tidak sedarkan diri dan menolak pandangan serta cadangan orang lain. Sebab itu pendekatan UMNO semakin ke belakang, bukan semakin ke depan.
Mungkin bagi golongan orthodox UMNO tidak memerlukan blogger dalam perjuangan UMNO hari ini. Padahal, pelbagai bukti telah ditunjukkan dan didedahkan pengaruh Media Baru ini kepada mereka.
Tetapi sebab segelintir mereka yang kolot dan tidak faham kepentingan Media Baru dan Blog dalam perjuangan Siber, maka dengan mudah pelbagai tohmahan dilemparkan.
Wujudnya golongan yang berfikiran mundur dan menolak teknologi inilah yang menyebabkan UMNO semakin terpinggir dari jiwa anak - anak muda. Apa tidaknya, Media Baru inilah medium untuk anak - anak muda bertemu dan bersosial. Nama pun dah media sosial.
Tetapi penterjemahan orang - orang lama melihat perkara ini tidak perlu. Dan demi memastikan golongan celik IT tidak mengambil alih kedudukan mereka, macam - macam cerita yang dikeluarkan dan pelbagai tohmahan serta cacian diperkatakan. Malah ada yang tidak ada kena - mengena langsung dengan dunia siber.
Bilalah orang jenis ini mahu terima hakikat bahawa kebanyakkan perang dimenangi melalui propaganda? Tidak hairan mengapa di sesetengah UMNO Bahagian tidak ada lansung majlis atau sesi penerangan isu - isu semasa. Kerana pemimpin sedia ada berfikiran kolot dan dengan mudah mengatakan 'Tidak Ada Info, Nak Terang Macam Mana?'.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Inilah yang dikatakan orang 'Tak Kenal, Maka Tak Cinta'. Bodoh sombong tu lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.