Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Menjelang puasa, beberapa perkara berikut menjadi persoalan kepada umat Islam. Sebagai contoh, hukum menggantikan puasa bagi saudara yang telah meninggal dunia.
Firman Allah SWT: Wahai orang yang beriman!
Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan
atas orang yang dahulu daripada kamu,
supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183).
Jelas dalam ayat ini, Allah SWT mewajibkan puasa ke atas orang beriman, yang pastinya mereka yang beriman akan langsung menyahut seruan Allah yang berisi perintah melakukan puasa sepanjang Ramadan.
Dalam ayat-ayat yang berikutnya Allah memberikan rukhsah (kelonggaran) bagi mereka yang yang bermusafir atau yang uzur boleh meninggalkan puasa pada bulan Ramadan dan digantikan puasa yang tertinggal pada bulan-bulan yang mendatang.
Apa yang pasti, berpuasa Ramadan akan menjadikan kita ummah yang bertakwa kepada Allah SWT. Takwa sahaja yang dapat melahirkan masyarakat yang berwibawa yang ada nilai-nilai positif dan etika yang beranjakkan paradigma.
Umat yang hidupnya ada motif yang jelas, iaitu apa sahaja yang dilakukan pasti ada kesannya sama ada di dunia mahupun di akhirat. Allah SWT telah berjanji bahawa dengan menghayati ibadah puasa dengan penuh keinsafan dan kesabaran pasti mengundang kepada kekuatan dalam (spiritual) dan kekuatan luaran (fizikal).
Oleh yang demikian pastikan puasa tidak ditinggalkan, kerana biarpun ada kelonggaran diberi oleh syarak tetapi pastinya berpuasa itu lebih baik daripada berbuka.
Penjelasan selanjutnya, sila klik disini.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.