Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Lazimnya keindahan Ramadan itu dihadir dalam bentuk ruang keampunan yang disediakan dalam 10 hari pertama, limpahan rahmat dan keberkatan pada 10 hari kedua dan dijauhkan daripada emosi api neraka dalam 10 hari terakhir.
Kemuncak pada keindahan itu adalah tawaran bagi mengecapi nikmat ibadah yang tidak ternilai iaitu Lailatul Qadar.
Kenyataannya, Ramadan amat istimewa bagi umatnya yang merindukan kehadiran bulan serba indah dan mulia ini dan bagi mereka yang mahu menyucikan diri.
Ramadan juga menjadi istimewa berbanding bulan-bulan lain disebabkan oleh amalan berpuasa. Tempoh sebulan berpuasa datang dengan 1,001 keajaiban yang memberikan impak positif kepada kesihatan tubuh badan manusia.
Pun begitu, adakah setakat itu sahaja keindahan dan keistimewaan yang ditawarkan oleh Ramadan? Atau ada keistimewaan lain yang membuktikan wujudnya 1,001 keajaiban yang dijanjikan Allah SWT kepada umat Islam dengan kehadiran Ramadan tidak lama lagi?
Fikir – fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.