Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Selagi mereka tidak mendedahkan perkara sebenar dan siapa yang bersalah dalam isu penyelewengan Kepala Surat Rasmi dan cop Exco Kerajaan Negeri Selangor, selagi itulah mereka tidak akan diberi peluang untuk duduk diam.
Itulah senarionya dengan DAP di Selangor. Malah yang lebih membingungkan Exco berkenaan tidak pula dikenakan tindakan yang tegas oleh pihak DAP sendiri. Sedangkan terang - terang yang patut dipersalahkan adalah Ronnie liu selaku Exco tersebut.
Terdahulu, Tee Boon Hock menjadi mangsa 'kambing hitam' DAP. Beliau mendakwa dijadikan korban oleh DAP untuk menutup kesalahan orang lain. Hari ini ada lagi Ahli DAP yang dipecat dan digantung oleh DAP. Mereka adalah Pengerusi DAP Cawangan Pasar Pandamaran, Yap Hock Siew dan Naib Pengerusinya, On Chai Huat yang digantung selama dua tahun.
Pemecatan dan pengantungan mereka kononnya atas sebab disiplin parti tersebut. Walaubagaimana pun DAP masih tidak memberi tahu siapa sebenarnya yang bersalah dalam isu ini. Kenapa ianya masih didiamkan oleh mereka? Adakah mereka sudah mula menunjukkan belang dengan menidakkan hak rakyat? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.