Khamis, September 02, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Ugutan bukan taktik yang biasa digunakan oleh pemimpin UMNO/BN. Tidak pernah lagi dalam sejarah pentadbiran mana - mana Negeri yang dikuasai BN mengugut Pembangkang semata - mata kerana dikritik dengan hebat oleh mereka.

Sebaliknya, yang biasa digunakan oleh pemimpin BN adalah dengan menyatakan apa yang benar. Jika perkara itu sahih dan benar - benar berlaku, maka adalah menjadi tanggungjawab pemimpin BN itu mendedahkan keburukan dan kelemahan pihak pembangkang. Bukan sebab tertekan dengan dakwaan mereka. tetapi itulah perkara yang sewajarnya dilakukan.

Lihat sahaja apa yang dilakukan UMNO/BN di Selangor dengan Kempen Selamatkan Selangor Darul Ehsan yang diadakan baru - baru ini. Ianya satu kempen yang diluar jangkaan pembangkang bahawa 'Road-Tour' itu akan mendapat sambutan ramai.

Kesempatan sedemikianlah harus digunakan untuk mendedahkan kebenaran kepada rakyat. Biar mereka lihat pro dan kontra antara yang benar dan yang salah. Biar mereka sendiri menilai sama ada pemimpin yang mereka pilih itu benar - benar melaksanakan tanggungjawab serta melaksanakan janji - janji manis mereka.

UMNO dan BN bukan hanya retorik seperti pembangkang. Sebab itu rakyat sukar untuk mempercayai apa yang diperkatakan oleh mereka. Sebaliknya, tipu daya dan helah menjadi mainan pembangkang. Ugut - ugutan menjadi pemancing mereka untuk mendapatkan sokongan rakyat supaya kelihatan UMNO/BN takut kepada mereka.

Nah, tunggu apa lagi. Jika ada sebarang perkara yang boleh membuka mata rakyat terhadap kepincangan pembangkang. Biar mereka tahu. Itu saranan Semut kepada mana - mana pemimpin dalam UMNO dan Barisan Nasional. Berani kerana benar dan takut hanya kepada Allah S.W.T. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping