Khamis, September 23, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Di pagi hari ini mari kita renungkan tajuk posting tersebut. Sesungguhnya, apa yang kita lakukan setiap hari di atas dunia ini hanya bersifat sementara sahaja. Setiap amal perbuatan kita akan dihisab pada hari akhirat nanti.

Seorang Ustaz pernah memberi bayangan tersebut kepada Semut. Apa perkara pertama yang kita lakukan setiap hari setelah bersiap - siap untuk ke tempat kerja? Mencerminkan diri kita agar kelihatan kemas dan bersedia untuk mula bekerja. Tidak pernah ada manusia dalam dunia ini yang mahu kelihatan selekeh dan kotor. Semuanya hendaklah dipastikan bersih yang juga menjadi tuntutan didalam Islam.

Demikian juga dengan amal perbuatan kita. Jika kita sentiasa membayangkan bahawa setiap perbuatan kita diatas muka bumi ini ada cermin dihadapannya, nescaya kita tidak akan melakukan perkara buruk kerana ia mencerminkan diri kita sendiri. Adakah mana - mana manusia diatas muka bumi ini ingin melihat dirinya sendiri melakukan perkara buruk seperti merompak, mencuri dan sebagainya? Sudah tentu tidak.

Maka dengan demikian, adalah diwajibkan bagi kita mencerminkan diri kita dengan bermuhasabahkan diri setiap hari. Memohon pengampunan dosa yang kita lakukan dari Allah S.W.T. Sesungguhnya cermin itu ada didalam diri kita sendiri yang digelar Iman, Amal dan Taqwa. Tingkatkan Iman, perbanyakkan Amal dan bertaqwalah kita kepada Allah. Insya Allah, hidup kita akan bahagia. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping