Rabu, September 22, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Mungkin sebab gagal menipu rakyat, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa isu penyerahan Cek sebanyak RM4billion itu sebagai satu propaganda jahat. Kononnya isu tersebut sengaja diperbesarkan semata - mata untuk memburukkan imej PAS yang turut terlibat dalam aktiviti tidak sihat.

Malah, menurut Harakah Daily, Kerajaan Negeri Kelantan juga akan menyenarai hitamkan Syarikat I'DA World Group Sdn. Bhd. itu dan turut menafikan syarikat berkenaan ada sebarang projek dengan Kerajaan Negeri. Menteri Besar Kelantan juga turut menyifatkan syarikat tersebut mempunyai niat tertentu terhadap Kerajaan Negeri.

Spekulasi yang Semut dapat buat dengan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan itu mudah. Jelas mereka mahu rakyat Negeri kekal dengan kehidupan sedia ada. Biarlah rakyat Negeri Kelantan hidup mundur daripada menikmati kemajuan seperti Negeri - Negeri lain. Pendedahan ini telah membantutkan usaha mereka untuk mengumpul dana sempena pilihanraya akan datang. Ianya disebabkan berita tersebut tersebar keseluruh Negara. Malah kerajaan Negeri juga dilihat sengaja menolak bantuan dari pihak yang berkenaan untuk membantu membangunkan taraf hidup rakyat negeri.

Jika tidak, mengapa mereka tolak perkara ini? Padahal, banyak lagi perkara yang boleh dibuat dengan wang sumbangan sebanyak itu untuk rakyat. Kenapa mereka beria - ia menafikannya sedangkan jelas terpampang dimuka Replika Cek itu nama PAS Kelantan? Adakah mereka yang sebenarnya ada agenda tersembunyi? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Inilah masalahnya duit aku kau orang kebas!!! company aku kau orang nak blacklist ini mana adil..mangkuk punya MB

    BalasPadam
  2. Cek RM4Billion atas nama PAS tapi Nik Aziz tak tahu.......?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping