Khamis, September 23, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Astargfirullahalazim. Banyak - banyakkan lah beristifar kepada Allah. Semoga Allah membuka pintu hati kita daripada perkara - perkara seperti ini. Tidak pernah pula Semut baca dalam mana - mana kitab ada orang yang bermunajat semata - mata untuk meraih harta dunia. Kalau ada pun, Nauzubillah.

Dalam memastikan mereka dapat menuntut hak terhadap royalti minyak daripada Syarikat Petroliam Nasional (PETRONAS) ada puak yang sanggup membelanjakan RM 400,000.00 untuk membawa 40 orang Ustaz bermunajat di Masjidil Haram. Persoalan pertama yang timbul dikepala Semut, kenapa perlu pergi ke Masjidil Haram? Masjid yang ada di Malaysia ini tak cukup ke?

Kedua, mana mereka dapat dana sebanyak itu? Persoalan yang diketengahkan oleh Zulkifli Noordin pun boleh dijadikan renungan juga. Bukankah lebih baik RM400ribu itu digunakan untuk membantu orang miskin. Buat rumah, bantu mereka pergi haji. Dapat juga pahala. Lagi pun buat apa duit banyak - banyak yang dituntut dari royalti itu? Tentu ke duit itu akan diberikan kepada rakyat? Atau ada pihak lain yang akan mengambil kesempatan?

Janji semasa belum dapat, memang la macam - macam. Tapi bila dapat, itu yang menjadi persoalan. Sedangkan dapat yang sedia ada pun tak terbantu rakyatnya. Masih juga dalam keadaan daif. Harta dunia. Tak pernah ke mereka terfikir bahawa Allah memberi khifarah buat mereka dengan tidak memberikan hak ke atas royalti itu? Itupun jika dibuktikan benar mereka layak.

Setiap sesuatu dalam hidup ini adalah petunjuk daripada Allah S.W.T yang Maha Mengetahui. Hanya Allah sahaja yang layak menentukan segala - galanya. Malahan rezeki yang kita cari di dunia ini juga adalah Ketentuan dariYang Maha Esa. Tak terlihatkah kita mengenai perkara ini? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping