Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dalam kita seronok menyambut kemeriahan Syawal, Keluarga Sosilawati Lawiyah dan 3 lagi mangsa lain meratapi pemergian mereka dengan penuh tragis. Al - Fatihah Semut berikan kepada mereka yang terlibat. Jangan mereka, Semut sendiri tidak sanggup untuk membaca surat khabar.
Demikian episod manusia akhir zaman ini semakin rakus mengejar duniawi sehingga sanggup bertindak kejam dan zalim seperti ini. Bukan setakat dibunuh, tetapi dibakar dan dibuang ke dalam sungai. Nauzubillah.
Sifat seperti ini bukan setakat setaraf dengan binatang kerana binatang pun tidak sekejam ini. semuanya kerana manusia mempunyai akal dan fikiran. Sewajarnya mereka memikirkan perkara ini dengan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T kepada mereka. Tetapi jelas, kerakusan mereka telah menutup pintu hati mereka dan menjadi hamba kepada syaitan.
Yang paling memeranjatkan Semut, mereka sanggup lakukan perkara tersebut dalam bulan Ramadhan yang mulia? Astargfirullah. Sampai macam tu sekali kejamnya manusia. Jika yang dizalimi itu musuh Allah, tak pe juga. Boleh lagi Semut terima akal. Tetapi sebaliknya?
Innalillah wainnalillahiroji'un. Tiada kuasa yang lebih besar melainkan Allah S.W.T. Jika mereka yang terlibat dalam pembunuhan tersebut, didoakan semoga Allah S.W.T sahaja yang mengampunkan mereka. Kerana hukuman bagi mereka didunia ini adalah kecil jika dibandingkan dengan hukuman Allah diakhirat kelak. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Itulah pemikiran si kafir..... walau pun berpendidikan tinggi, berjaya dalam hidup, tetapi bersikap haiwan bila tamakkan harta kekayaan....
BalasPadam