Isnin, September 13, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Semut setuju sangat dengan saranan Tun Dr. Mahathir mengenai isu UMNO dan Perkasa ni. Menurut beliau, UMNO akan merugikan diri sendiri jika menjauhi Perkasa. Tetapi untuk menyatakan UMNO lemah, itu satu perbezaan dari segi perspektif yang lain.

Dalam keadaan sekarang, UMNO tidak lemah. Tetapi UMNO dikelilingi oleh musuh - musuh yang terlalu ramai, sama ada yang terang lagi nyata mahupun yang secara tersembunyi. Jadi untuk apa lagi UMNO mencari musuh baru? Dan menjadikan Perkasa sebagai musuh baru itu adalah satu tindakan yang tidak bijak. Kerana Perkasa itu juga terdiri dari golongan orang Melayu. Buat apa lagi cari musuh dikalangan bangsa sendiri sedangkan perjuangan dan matlamatnya sama?

Sepatutnya UMNO dan Perkasa duduk semeja dan mengariskan panduan demi perjuangan Agama, Bangsa dan Negara. Mencari kaedah baru untuk membantu menaikkan taraf kehidupan Melayu dan mampu bersaing dengan bangsa lain. Menyatukan pandangan agar sama - sama memastikan Melayu dipandang tinggi dan tidak diperlekehkan seperti hari ini. Barulah Perpaduan Ummah itu wujud.

Jangan ikutkan sifat marah seperti si Ketua Pemuda itu yang kerap dihentam oleh Perkasa sebab tidak menjalankan tugasnya. Akibat kelemahan beliau sendiri, maka beliau cari kesalahan orang lain. Cuba bawak mengaku kesilapan itu dan kemudian minta bantuan dari orang lain, kan itu lebih baik. Waktu sekarang ini bukan masanya nak tunjuk ego, sombong dan bongkak. Waktu ini waktu untuk kita tunduk dan dengar pendapat orang lain.

Jika UMNO ini sebuah syarikat, jangan dilihat Perkasa itu sebagai saingannya. Tetapi anggap Perkasa itu sebagai kilang yang dapat mengelurkan bahan jualan kepada rakyat agar dapat dimanfaatkan oleh rakyat. Yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sempadan. Barulah hidup bererti dan bermakna. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping