Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Mari kita lihat sejauh mana populariti dan kredibiliti seorang Menteri Besar ini mampu memainkan peranan. Kalau sebelum ini, sewaktu dalam UMNO, si Khalid Gagap ini kerap kali gagal dalam pertandingan di peringkat bahagian. Kerana apa? kerana beliau kurang berkaliber. Sebab itu ahli UMNO dikawasan beliau menolaknya.
Kali ini, Khalid Gagap selaku Menteri Besar dicabar oleh 3 orang calon lain. Mereka termasuk bekas Ketua AMK Selangor dan Bekas Ketua Wanita PKR Bahagian Kuala Selangor. Pemilihan ini adalah pemilihan pertama buat Khalid kerana sebelum ini Ahli Jawatankuasa Bahagian dipilih tanpa sebarang pertandingan.
Situasi ini menjelaskan rasa ketidakpuasan hati dikalangan akar umbi yang mengkritik Menteri Besar itu sebelum ini. malah jumlah calon yang bertanding menunjukkan bahawa ahli - ahli PKR mahukan perubahan dalam pentadbiran untuk menerajui bahagian Kuala Selangor.
Hah, macam mana agaknya ye? Seorang yang mempunyai profail tinggi dicabar kerana kredibilitinya dihentam oleh akar umbi? Adakah Khalid akan mendapat kejayaan baru dalam pemilihan PKR? Atau beliau akan tetap ditolak oleh ahli PKR sama seperti UMNO pada suatu ketika dahulu? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.