...Jangan Hanya Manis Di Bibir Berkata - Kata...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Ini hakikatnya. Tidak ada seinci pun persamaan antara Zaid Ibrahim dengan Tun Ghafar Baba. Tun Ghafar Baba seorang pejuang yang sejati. Beliau pernah menolak daripada menerima sebarang gelaran walaupun sudah bergelar Timbalan Perdana Menteri. Malah Allahyarham bukan seorang pengkhianat seperti Zaid Ibrahim.
Walaupun beliau kecundang dalam pemilihan UMNO dahulu, beliau tetap setia bersama UMNO. Bukan seperti Zaid yang masih dalam UMNO tetapi mengkhianati Prinsip Perjuangan dan tata etikanya. Allahyarham Tun mendapat sokongan penuh dari rakyat tempat beliau bertanding, sebaliknya Zaid ditendang keluar oleh orang - orang Kota Bharu sendiri.
Tetapi mungkin nasib Zaid Ibrahim dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR sahaja yang dapat menyamakan beliau dengan Tun. Kerana yang sedang dihadapinya itu adalah anak emas kepada Anwar Ibrahim. Walaupun demikian, adalah tidak benar jika Zaid kata UMNO tidak menghargai jasa Tun Ghafar sepertimana petikan blog beliau:
Saya teringat lagi peristiwa 1993 di mana Tun Ghafar dibelasah oleh UMNO sehinggakan pencalonannya tidak mencukupi dan terpaksa menarik diri. Jasa seorang ketua yang berkhidmat setia untuk UMNO dilupakan begitu saja. Sedikit penghormatan dengan memberi pencalonan kepada dia pun UMNO tidak sanggup. Semata-mata kerana ada wira baru yang handal masa itu, iaitu Anwar Ibrahim.
Lihat bagaimana si Zaid ini mengubah haluan sejarah dan memutarbelitkan fakta. Disalahkannya UMNO tetapi tidak berani menyebut siapa. UMNO, sebuah Organisasi Politik dikatakan tidak menghargai jasa Tun Ghafar?
Zaid perlu ingat, yang melupakan jasa Tun Ghafar adalah bos beliau sendiri. Orang yang tidak memberi penghormatan kepada titik peluh Tun tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim. Beliau perlu ingat bahawa Anwar Ibrahim lah yang mengadu domba memburuk - burukkan Tun sehingga tidak ada satu pun pencalonan dibuat kepada Tun.
Jadi mengapa Zaid salahkan UMNO? Kenapa dia tidak berani menyalahkan bosnya sendiri sedangkan itulah hakikat sebenarnya? Takkan disebabkan pemilihan PKR, Zaid tak berani nak menegakkan kebenaran dan menghentam Anwar Ibrahim? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Sudah - sudahla menipu rakyat.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.