Jumaat, September 03, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sebab dah tak boleh nak jawab persoalan dan konflik antara PAS dengan DAP, maka PAS mula buat lipat baring dan mengubah kenyataan sebelum ini. Kenapa? Takutkan DAP lebih dari agama ke?

Dalam laporan terbaru, PAS mengakui jika mereka menang PRU ke 13, Hukum Hudud tidak akan dilaksanakan. Ianya dinyatakan oleh Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Beliau turut menyatakan bahawa pada peringkat ini, pakatan pembangkang tidak akan membincangkan soal perlaksanaan hukum tersebut.

Kononnya menurut beliau keputusan tersebut adalah disebabkan persediaan dan persetujuan daripada masyarakat. Kononnya rakyat Malaysia dan pengundi terutamanya belum dapat menerima hukum tersebut.

Ceit! Podah. Mengaku sahaja la tak mampu nak mempengaruhi DAP. Tak payah la gunakan rakyat sebagai perisai. Baca sini.

Jadi, kalau Hudud dan Negara Islam bukan lagi wadah perjuangan PAS, apa lagi dasar mereka? Maka adakah mereka mahu menyatakan bahawa apa yang dilaungkan oleh Tok Guru baru - baru ini hanya satu retorik semata - mata? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping