...Keadaan Sesak Ketika Tawaf Sunat Selepas Solat Tarawih...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Bagaikan pesta. Itulah gambaran menyambut Ramadan di Tanah Haram. Baik di Mekah atau Madinah setiap inci ruang di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sentiasa dipenuhi oleh umat Islam dari serata pelosok dunia.
Semuanya berkumpul untuk beribadat kepada Allah Yang Maha Esa dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Pendek kata, jika lewat ke masjid, jangan harap dapat masuk ke ruang solat. Sebaliknya, solatlah di dataran putih atau kawasan luar kedua-dua masjid berkenaan.
Demikian indah dan meriahnya Ramadan di negeri kelahiran Nabi Muhammad SAW dan juga di tempat baginda berhijrah dan dimakamkan di Madinah. Kesesakan di Masjidil Haram semasa Ramadan bukanlah perkara yang luar biasa. Antara sebabnya, kebanyakan sekolah negara Islam di Asia Barat bercuti selama tiga bulan mulai Ramadan.
Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh mereka menziarahi saudara mara di Mekah sekali gus beribadat di Masjidil Haram, tempat paling suci bagi umat Islam. Sebab itu, ada antara jemaah rombongan berkata, bilangan yang ada di Mekah pada Ramadan menyamai jumlah yang menunaikan haji.
Malah, pada 10 hari terakhir Ramadan, jumlahnya dikatakan mengatasi jemaah haji dari seluruh dunia.
Baca seterunya disini.
Ps: Mungkin perkara seumpama ini yang menjadikan Yahudi dan Rejim Zionis takut kepada Umat Islam sehingga kini? Wallahualam.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.