Ahad, September 05, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


Semut merupakan penyokong penuh kepada usul Perpaduan yang pernah diketengahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lama dahulu. Perkara yang sama juga turut disarankan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani. Malah Semut sangat - sangat berharap agar perkara ini dapat direalisasikan suatu hari nanti.

Menurut TS Muhyiddin baru - baru ini menyatakan bahawa usul tersebut bukan satu saranan politik. Tegas beliau Perpaduan itu sangat penting kepada umat Islam di dalam Negara dan ia bukan satu perjuangan Ummah. Sebaliknya jika perpecahan dikalangan Umat Islam berlaku, ia akan melemahkan usaha memajukan Umat Islam dan mengakibatkan kesuciannya tercemar. Demikian laporan yang disiarkan dalam mStar Online.

Manakala bagi penulis Majalah Solusi, Muhammad Jihad, walaupun Perpaduan ini sering dilaung - laungkan, tetapi kita masih belum berupaya untuk menterjemahkannya. Beliau juga turut mempersoalkan samada kita benar - benar tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan Perpaduan atau kita sudah tahu tetapi 'sengaja' tidak mahu bersatu?

Perpaduan bagi beliau melibatkan soal jiwa. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Jika kamu membelanjakan seluruh yang ada dipermukaan bumi ini, nescaya kamu tidak dapat menjinakkan hati manusia. Tetapi Allah yang akan menjinakkan hati antara hati - hati mereka." Surah Al - Anfal 8:63).

Oleh itu, jika ingin menyatukan manusia, maka hati mereka perlu terlebih dahulu dijinakkan. Kemampuan ini hanya pada Allah. Hati dijinakkan dengan dikenalkan kepada Allah S.W.T dan dididik untuk mencintaiNya. Inilah persoalan Iman dan inilah soal asas serta teras dalam perpaduan. Rujuk Solusi Isu No.23.

Maka Semut menyeru agar ditingkatkan Iman kita kepada Allah S.W.T dan menjinakkan hati ke arah Perpaduan. Terlalu banyak perkara yang boleh kita kecapi dengan wujudnya Perpaduan Ummah ini. Atau adakah kita mahu terus 'sengaja' untuk tidak memahami ertikata sebenar Perpaduan itu? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping