...Wajah Si Anak Kecil Yang Keliru...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Si Anak Kecil ini masih tidak faham rupanya. Atau adakah dia tidak reti bahasa? Tetapi keberaniannya ada bagusnya juga dan sepatutnya disambut oleh PERKASA. Boleh kita lihat sejauh mana pemikiran si Anak Kecil ini.
Dalam mempertahankan kenyataan yang dibuat beliau sebelum ini, Nurul Izzah tetap dengan pendiriannya. Beliau masih memerlukan pemahaman terhadap Perlembagaan Persekutuan terutama mengenai Perkara 152 dan Perkara 153. Jelas beliau benar - benar buta sejarah. Sebab apa? Sebab beliau turut mempertikaikan Biasiswa untuk Bumiputera.
In regards to scholarships for Malays and natives of Sabah and Sarawak, I would like to propose that more scholarships should be given as education is a great equaliser and facilitates social mobility; hence shouldn’t all PTPTN student loans be converted to scholarships to fulfil Article 153 intent?
Sepatutnya Nurul Izzah perlu pulang ke rumah dan tanya papa beliau sendiri kenapa papa beliau memansuhkan biasiswa itu sewaktu papa menjadi Menteri Pelajaran. Sepatutnya Nurul Izzah perlu mendapatkan penjelasan itu dari papanya sendiri mengapa diadakan bantahan di Universiti Malaya lewat 1970an dulu. Kemudian baru boleh beliau mempersoalkan mengenai biasiswa tersebut.
Kenapa Kerajaan hari ini tidak mengubah polisi tersebut? Soalnya pernahkah ia dibentangkan dalam Parlimen? Pernahkah ada pihak yang mendesak agar biasiswa penuh diberikan kepada Melayu dan Bumiputera dalam sidang tersebut? Malah beliau sendiri tidak pernah membangkitkan perkara yang sama. Kenapa? Sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, kenapa papanya juga tidak membangkitkan perkara ini? Tetapi sebaliknya hanya tahu mengutuk dan mengkritik Kerajaan sahaja? Macam dah takde kerja lain.
Beliau juga turut mempersoalkan akaun keuntungan yang dimiliki oleh Petronas sedangkan akaun beliau sendiri pun tidak didedahkan. Kenapa?
Wouldn’t it also be an exercise in good governance and in the interest of “Malay Rights”, if Petronas accounts are made public and accountable through the Parliament?
Sebutkan syarikat mana yang menyiarkan akaun untung ruginya kepada masyarakat Umum? Petronas bukan milik Kerajaan. Jika ianya milik Kerajaan, kenapa PAS Kelantan saman Petronas sahaja dan tidak pihak Kerajaan? Tidakkah tindakan menyaman Petronas juga sama dengan menyaman Kerajaan jika ianya benar milik kerajaan?
Hairan. Jawapan beliau semua ada dirumah. Kenapa beliau tidak mendapatkan penjelasan tersebut melalui papanya sendiri? Atau adakah beliau ingin mendakwa bahawa tindakan papanya itu sebelum ini adalah satu tindakan yang bodoh? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Hairan juga. Kenapa beliau meluahkan rasa hatinya itu didalam MySinCew.com? Tak de akhbar lain ke?
Jawapan mudah...BAPA BOREK, ANAK RINTIK!
BalasPadam