Rabu, September 08, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kalau sekali mereka buat, kita boleh faham lagi. Kalau dua kali, dah tentu ada sesuatu yang tidak kena. Kalau dah masuk tiga kali, apa ke jadahnya? Takkan sampai tiga kali Kerajaan Negeri terlepas pandang syarikat swasta yang membeli tanah milik orang Melayu tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri? Nampak sangat la menipunya. Pun masih ada lagi orang Melayu yang menyokong Kerajaan Negeri Pulau Pinang nak bela? Pelik.

Pendedahan yang dibuat oleh Pisau.net beberapa hari yang lepas menimbulkan rasa curiga dihati Semut. Katanya ada dua lagi kampung Melayu yang bakal menjadi sasaran oleh Kerajaan Pimpinan Lim Guan Eng. Adakah Lim Guan Eng akan bagi alasan yang sama iaitu Kerajaan Negeri tidak boleh berbuat apa - apa kerana tanah itu milik Syarikat Swasta?

Sebelum ini Semut pernah pertikaikan. Jika di Perak mereka boleh bagi geran 999 tahun kepada penduduk yang sebelumnya hanya diberi TOL selama 50tahun dan Pakatan Pembangkang bangga dengannya. Tetapi kenapa perkara yang sama tidak dilakukan di Pulau Pinang? Malah perkampungan tersebut sudah wujud hampir 70 tahun, sebelum Merdeka lagi.

Hari ini, Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) menggesa agar kerajaan Negeri mendedahkan status tanah milik Melayu di negeri tersebut. Mereka mendesak agar pemimpin Melayu di Pulau Pinang, tidak kira sama ada pembangkang atau pun Kerajaan Negeri, agar berubah sikap dan mempertahankan orang Melayu. Mereka berharap agar pemimpin - pemimpin ini tidak lagi hanya mementingkan diri sendiri terutama dalam keadaan sekarang. Baca seterusnya disini.

Yang Semut bertambah kecewa, mereka rampas tanah milik Melayu dan membina perumahan baru. Tetapi apabila dijual rumah - rumah tersebut semuanya hanya orang bukan Melayu saja yang mampu beli. Habis Melayu nak duduk dimana?

Inilah agenda mereka sebenarnya dalam merampas Hak Orang Melayu. Sedikit demi sedikit mereka buat kerja - kerja ini. Jangan pelik kalau satu hari nanti, tanah Melayu sudah tidak ada. Semuanya sudah habis dibeli dan dijual. Ke mana orang Melayu mahu pergi selepas itu? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping