Khamis, September 09, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


Adalah menjadi tanggungjawab kepada sesiapa juga yang menyampaikan berita haruslah dengan istiqomah dan sentiasa benar dalam penyampaiannya. Maka, etika menyampaikan berita itu menjadi satu garis panduan dalam aktiviti tersebut. Perkara ini juga dibangkitkan dalam Forum Blogger tidak berapa lama dahulu.

Ekoran spekulasi terhadap CEO Malaysian Insider, portal yang pro pembangkang itu dengan Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) baru - baru ini, Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim mahu ianya ditutup. Beliau menyatakan bahawa portal tersebut banyak menyiarkan berita secara sembrono dan tidak mengikut fakta. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu megambil tindakan yang sewajarnya terhadap penyelewengan ini agar ia tidak terus mempengaruhi rakyat dengan berita - berita yang tidak berasas.

Malah beliau juga turut menyarankan agar pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut menjalankan siasatan ke atas pemilik dan pembiaya bagi portal tersebut. Seterusnya mendedahkan mereka kepada masyarakat. Beliau juga turut mendakwa bahawa ini juga merupakan salah satu cara Anwar mahu memesongkan perhatian rakyat terhadap kes beliau yang sedang berlangsung di Mahkamah.

Laporan seterusnya, baca disini.

Itulah sebabnya mengapa hidup didunia ini perlu ada undang - undang. Kerana akal manusia tidak mungkin dapat membendung diri dari melakukan kesilapan. Maka perkara seumpama ini pasti akan berlaku.

Yang hairannya, perkara seumpama itulah yang menjadi kesukaan manusia. Mengadu domba dan menyampaikan maklumat yang salah dan tidak sahih. Maka akan timbul fitnah dan tohmahan. Namun masih ada golongan manusia yang mempercayainya? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping