Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa arab pada masa tersebut.
Apabila baginda Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya tersebut, maka mereka segera menjawab bahawa ia adalah perayaan yang telah diwarisi secara turun temurun dari datuk nenek mereka terdahulu.
Lalu Rasulullah telah menyatakan kepada orang-orang Arab Madinah bahawa Islam telah menggantikan dua hari raya yang mereka raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu hari raya korban atau Aidiladha dan hari raya fitrah atau disebut Aidilfitri.
Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu merupakan satu ibadat.
Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang-orang yang telah dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.
Di kesempatan ini juga, Semut ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H. Semoga setiap yang kita lakukan dalam kehidupan seharian mendapat keredhaan Allah S.W.T. Doa Semut agar kita dapat bertemu kembali dengan Ramadhan yang mulia ini di tahun hadapan. Insya Allah.
Berimanlah kita kepada Allah S.W.T dan RasulNya, Muhammad S.A.W. Nescaya akan bahagia hidup kita dunia dan akhirat. Harapan semoga kita kembali bersatu dalam Ukhwah dan mengeratkan silaturrahim sesama manusia.
Kepada yang pulang ke kampung halaman, Semut doakan agar selamat sampai. Berhati - hati dijalan raya. Jangan biarkan nafsu menguasai diri disepanjang perjalanan. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.