Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semakin hari semakin rabak parti ini. Nampak sangat kredebiliti mereka semakin hari semakin tercalar. Ianya jelas terbukti dengan tindakan keluar parti yang kerap juga kita dengar sejak akhir - akhir ini.
Dalam kerancakkan kempen Pilihanraya Kecil DUN Galas, 52 orang penyokong mudanya bertindak keluar parti tersebut hari ini. Mereka kemudiannya menyertai UMNO dengan menyerahkan borang UMNO kepada Ketua Pemuda Bahagian Pokok Sena.
Menurut seorang wakilnya, mereka yang sebelum ini kuatmenyokong parti itu mengambil keputusan untuk keluar kerana kecewa dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah. Mereka menyifatkan PAS Kedah hanya pandai menabur janji, tetapi tidak satu pun yang ditunaikannya.
Peribahasa Melayu mengingatkan bahawa "Kata itu kota". Kalau lembu dipegang pada talinya, manusia berpegang pada janjinya. Bercakap memang mudah, tetapi untuk melaksanakannya memerlukan jiwa yang ikhlas. Bercakap dengan ikhlas baru orang boleh percaya dan disusuli pula dengan tindakan.
Kalau setakat bercakap sahaja, budak sekolah tadika pun boleh buat. Jadi, adakah mereka ini layak memimpin jika hanya pandai bercakap sahaja? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.