...Tell Me. Is It Because The People or Personal Vendeta???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semut mendapat perkhabaran menarik dari Batu Sapi. Mengenai tindakan kenapa SAPP tetap berkeras tidak mahu memberi laluan kepada PKR dalam Pilihanraya Kecil kali ini.
Dikatakan bahawa sewaktu Yong Teck Lee menjadi Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Industri, beliau turut menjalinkan hubungan rapat dengan Ketua Penipu Rakyat, Anwar Ibrahim. Anwar yang pada ketika itu erupakan Menteri Kewangan memudahkan YTL mendapatkan dana bagi membantu beliau membina empayar di Sabah.
Selepas YTL keluar dari PBS dan menubuhkan SAPP, hubungan beliau dengan Anwar tetap terjalin erat. Walaupun pada ketika Anwar telah ditendang keluar dan dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Menteri.
YTL pada hakikatnya sudah termakan dakyah penipuan Anwar dalam 'misi 16 September'nya. Beliau turut mengakui telah berjumpa dengan Anwar sebanyak dua kali bagi memastikan beliau mendapat habuan dalam 'Misi' tersebut.
Namun, 'Misi' tersebut gagal sama sekali. YTL mengumumkan keluar BN kerana sedar akan kesilapan yang beliau telah lakukan. Maka tindakan tersebut dilihat sebagai 'melangsaikan hutang' beliau dengan Anwar. Maka sebab itu juga beliau berkeras tetap mahu bertanding dalam PRK Batu Sapi dan tidak memberi laluan kepada PKR.
Tenyata, ada 'dendam tak terbalas' diantara YTL dan Anwar rupanya. Kenyataan bahawa mereka tidak akan saling menyerang diantara satu sama lain hanyalah omong kosong untuk menakut - nakutkan Jentera BN semata - mata.
Janganlah terus -terusan menipu rakyat. Kelak nanti kebenaran akan terserlah juga. Rakyat akan tahu juga dakyah pembohongan ini. Bukankah mereka juga kata pengundi hari ini sudah bijak? Jadi bijaklah mereka memilih, siapa yang hanya mengambil kesempatan untuk membalas dendam dan siapa yang benar - benar memperjuangkan nasib mereka kelak. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.