Jumaat, Oktober 29, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Nampak gayanya, cakap - cakap yang mengatakan mereka tidak akan berbalah sesama sendiri hanya omongan kosong sahaja. Terang - terang hari ini mereka bertelagah sesama mereka.

Terdahulu, Yong Teck Lee menyelar kenyataan Anshari yang mencabar untuk berdebat. Bagi YTL, Anshari tidak layak untuk mencabar beliau. Ini disebabkan beliau mewakili Parti SAPP, manakala Anshari hanya seorang Ketua Cabang yang bukan orang tempatan.

Beliau turut menegaskan bahawa Anshari mewakili PKR di Batu Sapi kerana beliau Ketua Cabang Tuaran. Secara menyindir, YTL menyifatkan PKR: Kalau tidak terjun laut, mereka bergaduh. Dengan megahnya YTL menyatakan:

"...Siapa Ansari, dia cuma Ketua PKR Cabang Tuaran. Beliau mahu cakap bagi pihak siapa? Saya presiden parti, boleh cakap untuk SAPP...Tapi jika pasal Batu Sapi, orang lain yang ketua cabang PKR di sini. Mungkin Ansari nak cakap pasal jeti?'' kata Teck Lee sinis...

Walaubagaimana pun, Anshari tetap mahu mencabar YTL berdebat. Beliau tetap mendesak agar satu debat diadakan dengan Presiden YTL itu. Bagi Anshari, YTL hanya memberi alasan yang tidak logik agar dapat mengelakkan diri dari berdebat dengannya.

Kononnya, menurut Anshari debat itu bukan hanya diantara dua parti, tetapi melibatkan calon PRK Batu Sapi dengan agenda masing - masing. Beliau mencadangkan agar penduduk Batu Sapi menjadi hakim mengenai calon yang bertanding.

Jelas, hubungan mereka selama ini hanya omongan kosong yang tidak membawa sebarang pembaharuan. Yang mereka tahu hanya bergaduh. Seperti kata YTL, kalau tak terjun laut, mereka bergaduh. Samalah dengan YTL. Kalau tak membelot, mereka tetap bergaduh.

Beginikah calon pemimpin yang boleh dijadikan sandaran kepada rakyat? Adakah rakyat mahu memilih calon yang hanya manis dibibir bermain kata tetapi tidak menjalankan tugas seperti yang diharapkan? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping