Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kebiasaan, setiap kali tiba bulan Ramadhan pasti akan diadakan Kiamulai dikala malam harinya. Dan seperti kebiasaannya juga, Solat Sunat Taubat juga pasti akan diadakan. Tetapi solat tersebut bukanlah hanya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan seperti Solat Sunat Terawikh sahaja mahu pun ketika Kiamullai semata - mata.
Jika dilihat sirah Rasulullah S.A.W dan ibadah harian baginda, Solat Sunat Taubat inilah yang kerap dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Bayangkanlah kita yang sebagai umat Marhain yang lagi kerdil disisi Allah ini. Sedangkan Rasulullah S.A.W yang juga kekasih Allah itu sentiasa memohon keampunan dari Yang Maha Esa, maka apa tah lagi kita.
Jadi tidak salahlah sekiranya saranan agar ahli PAS dan PKR juga dianjurkan agar bertaubat oleh bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohammad Ezam. Mereka perlu bertaubat dari terus memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim. Beliau berkata demikian memandangkan hari demi hari, kepincangan peribadi Ketua Penipu Rakyat itu semakin jelas kelihatan.
''Atas nama Allah dan akidah Islam saya seru mereka supaya meninggalkan Anwar.
''Tidak perlu lagi menyokong beliau berikutan semakin banyak bukti mengenai perlakuan beliau yang memungkinkan beliau tidak layak disokong sebagai pemimpin,'' katanya.
Demikian yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia hari ini.
Bukan sebab apa. Semakin hari jika kita sentiasa mengagung - agungkan seorang manusia biasa, secara peribadinya beliau akan lahir menjadi manusia yang angkuh, sombong dan bangga diri. Lihat sahaja contoh seperti Firaun, Hitler dan Napoleon yang sentiasa berasa diri mereka sahaja yang betul. Itulah yang berlaku kepada si Ketua Penipu itu diketika ini. Biar apa pun yang dilakukan beliau, penyokong - penyokongnya akan mengiakannya. Oleh yang demikian adalah wajar bagi mereka insaf dan kembali bertaubat kepada Allah S.W.T.
Adalah lebih baik kita percayakan Allah daripada mempercayai manusia biasa seperti Anwar itu. Kerana jika kita hanya bergantung harap kepada manusia, akhirnya kita sendiri akan kecewa. Sebaliknya kebergantungan kepada Yang Maha Berkuasa pasti tidak akan mengecewakan kita kerana Allah Memiliki segala - galanya. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

Rashid, Rohimi & Saipul...jom kita cari seorang lagi mangsa untuk cukup korum 4 org saksi seperti yg diwar-warkan oleh puak PAS. Ehmmm senyap sunyi jerk ye PAS dlm isu ni, Wali Selipar gamaknya belum dpt wahyu kot..
BalasPadamSetuju bebenor dengan semut api...apa le UMNO ni takut bebenor dengan ANwar...adalah lebih baik kita takut taat kepada Allah swt semata-mata.
BalasPadamSama sama Fikir-fikirkan lah