Jumaat, Oktober 29, 2010

...Sanggup Mereka Lacurkan Perjuangan Sendiri???...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sememangnya dunia ini sentiasa berputar diatas paksinya. Ia sentiasa berubah - ubah mengikut masa. Apatah lagi dengan tindakan puak - puak PAS kerana mereka hanya manusia biasa.

Hari ini mereka dilihat sudah jauh berubah dari PAS yang kita kenali dahulu. Bukan ke arah kebaikan seperti yang mereka selalu gembar - gemburkan. Tetapi sebaliknya perjuangan mereka yang berubah. Dasar perjuangan yang selama ini mereka dokongi sudah jauh terpesong. Hakikat ini jelas apabila PAS mula bersekongkol dengan DAP.

PAS hari ini tidak lagi membawa sepanduk menubuhkan Negara Islamnya. Mereka tidak lagi melaungkan semangat penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud. Biarpun Pilihanraya Kecil kali ini berlansung dalam kawasan mereka sendiri. Tuntutan sedemikian tidak lansung kedengaran.

Yang kita dengar, mereka melenting dengan sepanduk yang mempertikaikan pendirian mereka. Mereka lebih rela secara dasarnya mendengar kata DAP dan Karpal Singki Pecah dari melaksanakan tuntutan mereka selama ini.

Perjuangan mereka untuk dunia akhirat hanya tingal dunia sahaja. Akhiratnya sudah hilang. Dalam ertikata lain, mereka tidak lagi mementingkan Islam dunia dan akhirat. Sebaliknya, tuntutan royalti minyak lebih kuat kedengaran. Bukankah tuntutan Royalti itu hanyalah harta dunia yang bersifat sementara?

Demikian bertapa jauhnya mereka tersasar dari perjuangan dahulu yang digeruni oleh setiap orang. Termasuk Lim Kit Siang Ikan sendiri. Tapi disebabkan kerakusan kuasa dan tamakkan harta dunia, perjuangan itu rela mereka gugurkan.

Bayangkan bagaimana orang yang berilmu terpengaruh dengan yang tidak berilmu? Bagaimana orang yang tinggi Imannya boleh tunduk kepada golongan yang tidak beriman lansung kepada Allah S.W.T? Nauzubillah. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Para pemimpin PAS hanya layak menjadi pendakwah bebas. Mereka terlalu 'naive' untuk menceburi bidang politik kepartian. Mereka sekarang terjebak di dalam dosa besar dengan mengambil pendekatan MATLAMAT MENGHALALKAN CARA.

    Matlamat mereka telah berubah dari MENDIRIKAN NEGARA ISLAM kepada MENJATUHKAN UMNO. Oleh kerana menjatuhkan UMNO menjadi matlamat, mereka bersedia bersekongkol dengan KAFIR LAKNAT DAP.

    Matlamat memperjuangkan Islam telah TERKUBUR, korban perjuangan KEBENDAAN PAS.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping