Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Itu sahaja perumpamaan yang tepat dapat diberikan buat mereka. Gambaran yang jelas menyatakan PAS mahu atau tidak perlu berhadapan dengan tuduhan mereka sendiri dan cubaan menegakkan benang yang basah mereka.
Ianya sebab 'ketelanjuran' kata Presiden mereka dengan 'mengkafirkan' UMNO yang bersahabat dengan MCA serta MIC. Dan kini mereka terpaksa pula menepis dakwaan yang sama untuk menghalalkan hubungan mereka dengan DAP. Pelbagai cara memutar belitkan keadaan dicubanya.
Kononnya mereka dengan megah mendakwa parti itu semakin diterima oleh DAP dan hakikat itu tidak dapat diterima oleh UMNO. Namun mereka tidak dapat menolak dan menjawap persoalan mengenai perjuangan hukum hudud serta penubuhan negara Islam yang kian luput dari dasar perjuanganmereka.
Mana tidaknya, lihat sahaja bagaimana mereka melenting apabila dipersoalkan kenyataan Karpal Singki Pecah yang kua menyatakan 'Langkah mayat beliau dulu'. Sebab tidak dapat jawab persoalan ini, maka mereka menimbulkan pelbagai spekulasi lain. Hanya untuk menutup pekung yang dah sememangnya terdedah itu.
Sebab itu pepatah Melayu ada menyebut, 'Cakap siang pandang - pandang, cakap malam dengar - dengar'. Kerana mulut badan binasa. Yang malu nanti siapa? Ini juga yang disifatkan sebagai meludahke langit terpalit ke muka sendiri.Bila dah terantuk baru nak tengadah, tak berguna dah. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Setuju benar dengan Semut Hitam, UMNO umpama meludah ke langit terpalit ke muka sendiri, mengatakan Karpal yang kafir itu menolak Islam padahal UMNO yang mengaku Islam tapi menolak hukum Islam. Wallahualam
BalasPadamFikir-fikirkan lah.