Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sesi perbahasan hari ini dihangatkan lagi dengan saranan mengenai kuota dalam Barisan Nasional. Terdahulu Presiden UMNO menyatakan bahawa pihak akar umbi perlu memberi bantuan dalam melahirkan serta memberikan calon yang mampu menang dalam pilihanraya akan datang.
Maka adalah tidak menjadi isu apabila ianya dibahaskan oleh wakil dari Negeri Sembilan petang tadi. Beliau mencadangkan agar UMNO dan Barisan Nasional menimbang semula soal calon yang sepatutnya diletakkan dalam sesebuah kawasan menjelang Pilihanraya Umum akan datang.
Apa salahnya? Jika calon yang sediaada tidak dapat menjalankan tugas mereka, adalah lebih baik mereka ditukarkan dengan calon lain. Jika calon yang sedia ada itu hubungan sosial pun tidak tahu nak jaga, adalah wajar mereka digugurkan daripada dikekalkan dalam pilihanraya akan datang. Dan tidak semestinya calon dikawasan yang hendak digantikan itu dari kalangan ahli UMNO. Mungkin calon tersebut boleh digantikan dari parti sedia ada. Seperti contoh, sebelum ini calon MIC. Dia boleh digantikan dengan calon MIC juga jika calon baru itu dinilai mampu melaksanakan tugasnya.
Jadi ianya bukanlah isu yang besar. Hanya perlu mengenal pasti semula calon berkenaan berdasarkan popularitinya, taraf akademiknya dan bukan liabiliti kepada parti beliau sendiri. Dalam erti kata lainnya, menilai yang hak dan diletakkan ditempat yang hak. Baru tidak kucar kacir jadinya. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.