Ahad, Oktober 24, 2010


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Perhimpunan Agun UMNO tahun ini berakhir lewat petang semalam. Namun Semut rasa amat perlu diimbau kembali amanat yang diberikan oleh pemimpin UMNO dalam sesi penggulungan yang diadakan semalam. Ianya agar menjadi ingatan dan renungan buat kita semua.

Timbalan Presiden UMNO semalam mengingatkan kepada pemimpin UMNO disemua peringkat agar lebih serius dalam perjuangan. Mereka perlu memberikan tumpuan yang lebih dalam memastikan agenda Melayu kekal dan diperkukuhkan. Pemimpin UMNO juga kata beliau harus sentiasa berusaha dengan lebih gigih memperkasakan bangsa Melayu dan terus berusaha mempertahankan hak Melayu disamping tidak melupakan serta mengabaikan hak - hak bangsa lain di Negara ini.

Beliau juga turut menyentuh mengenai beberapa perkara dalam bidang pendidikan. Melihat betapa pentingnya Sejarah dalam jiwa dan masyarakat Malaysia hari ini. Maka beliau turut mengumumkan bahawa matapelajaran tersebut akan dijadikan matapelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Menengah bermula tahun 2013.

Bagi Naib Presiden UMNO pula, Datuk Shafie Afdal pula mengesa kepimpinan UMNO mengandakan usaha dalam perjuangan. Beliau menyeru agar pertambahan bilangan pengundi digandakan dan memastikan pengundi ini memihak kepada UMNO serta Barisan Nasional dalam Pilihanraya akan datang. Kata beliau, 'sense of urgency' masih tidak wujud dalam diri ahli - ahli UMNO dan kepimpinannya hari ini. Akibatnya, pendaftaran pengundi baru kita masih jauh ketinggalan.

Maka ahli UMNO perlu sedar mengenai tugas utama mereka. Mereka perlu peka dan sentiasa mengambil tahu mengenai keadaan persekitarannya. Bukan hanya melepaskan batuk ditangga. Mereka perlu wujudkan dan mengembalikan semangat perjuangan seperti yang pernah dimiliki oleh mereka yang terdahulu.

Jika bukan kita yang melakukannya, siapa lagi? Mahu tunggu kita di 'bungkus' baru mahu berubah? Jangan dah terantuk, baru nak terngadah. Menyesal kemudaian tiada gunanya. Lebih mencegah sebelum parah. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping