
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semalam baru sahaja tamat satu program yang boleh dikatakan besar bagi UMNO iaitu Perhimpunan Agung UMNO kali ke 61 bagi tahun 2010 di PWTC. Semua para perwakilan sudah pulang ke tempat masing - masing dan bakal menjalankan tugas mereka.
Minggu hadapan akan bermulanya Pilihanraya Kecil di Galas dan Batu Sapi pula. Kedua - dua pilihanraya ini akan dijalankan serentak seperti mana yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya beberapa minggu yang lalu.
Calon di Batu Sapi merupakan wakil dari Parti Bersatu Sabah (PBS) manakala calon Pilihanraya Kecil Galas pula adalah wakil dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Kedua - duanya merupakan Parti Komponen Barisan Nasional.
Namun Semut agak skeptikal mengenai dua Pilihanraya Kecil yang balal diadakan ini. Semut melihat seolah - olah wujudnya 'conflict of interest' atau Konflik Berkepentingan sama ada secara sedar atau pun tidak.
Yang mana satu akan menjadi keutamaan? PRK Galas atau PRK Batu Sapi? PRK Galas dilihat pertembungan klasik antara UMNO dan PAS. Malah UMNO sebelum ini tewas dengan majoriti yang kecil dalam PRU yang lalu. Manakala kawasan Batu Sapi merupakan kawasan parlimen yang baru diadakan dalam PRU tersebut.
Soalnya mana yang lebih penting? Galas atau Batu Sapi? Galas hanya Dewan Undangan Negeri, manakala Batu Sapi pula Parlimen. Menang di Galas tidak membawa perubahan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri, namun ianya bakal menaikan moral dikalangan ahli serta rakyat terhadap UMNO. Manakala Batu Sapi pula menentukan sama ada rombakan kerusi diParlimen berlaku atau sebaliknya.
Sesungguhnya setiap sesuatu itu bukanlah dalam keupayaan manusia untuk menentukannya. Ianya adalah hak mutlak Yang Maha Esa. Hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, melaksanakan dan bertawakal kepada Allah S.W.T. Semoga Allah sentiasa memberi hidayah kepada mereka yang memerlukannya. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.