Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dalam sesi penggulungan Persidangan Agung UMNO semalam, pemimpin - pemimpin UMNO disemua peringat diingatkan mengenai kedudukan mereka hari ini. Mereka dipilih dan diberi amanah oleh ahli agar dapatterus memperjuangkan Melayu. Bukan sekadar duduk dan tidak membuat apa - apa.
Beliau turut menjelaskan bahawa UMNO bukan sahaja merupakan parti politik yang hanya mengutamakan kuasa semata - mata. UMNO juga perlu memastikan keamanan dan kemakmuran dikalangan rakyat sentiasa wujud. UMNO juga bertanggungjawab membawa kemajuan kepada Negara ini sejak dari dulu, kini dan selamanya.
Maka ingatlah wahai ahli UMNO sekalian. Jangan sesekali kita abaikan amanat yang diberikan oleh pemimpin - pemimpin ini. Sedarlah diri dan lakukan tugas serta tanggungjawab dengan lebih baik dimasa akan datang. Jangan hanya tahu memegang kuasa, tetapi tidak tahu melaksankan tugas yang diberikan. Yang merananya nanti adalah anak bangsa sendiri. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Yang ada pangkat dan nama tu, tunggu apa lagi. Buat la kerja.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.