Ahad, Oktober 24, 2010


...Ikon Batu Sapi...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Parti Keldaikan Rakyat (PKR) sebelum ini cuba berunding dengan Parti Maju Sabah (SAPP) untuk meletakkan calon mereka bagi PRK Parlimen Batu Sapi. Kononnya mereka mahu pertandingan dalam PRK itu secara satu lawan satu. Namun rundingan tersebut ternyata gagal.

Hari ini, Ketua Umum parti tersebut mengumumkan calon mereka bagi PRK tersebut di Dewan Hakka, Sandakan, Sabah. Beliau turut disertai oleh Presiden PAS Haji Hadi Awang dan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man. Calon tersebut ialah Ansari Abdullah, seorang peguam dan juga merupakan bekas Pengerusi PKR Negeri Sabah.

SAPP dan BN sebelum ini sudah menamakan calon mereka bagi PRK tersebut. BN menamakan isteri mendiang Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen sebagai calon manakala calon SAPP pula ialah Datuk Yong Teck Lee.

Jelas rundingan diantara PKR dan SAPP itu menyatakan bahawa mereka tidak sefahaman. Walaupun sebelum ini mereka dikatakan sehaluan tetapi jelas dakwaan itu ternyata meleset sama sekali. Namun mereka mendakwa tidak akan berkempen menentang antara satu sama lain dan menjadikan Barisan Nasional sebagai sasaran utama.

Awal - awal lagi tindakan mereka itu jelas mahu mengaburi mata rakyat. Nampak sangat mereka terdesak untuk menang dalam PRK ini setelah tewas dalam pilihanraya yang lalu. Kononnya gabungan 'tag team' ini bakal melemahkan jentera Barisan Nasional kerana terpaksa menghadapi dua calon dalam satu masa. Jangan jadi yang menag jadi abu, yang kalah jadi arang sudah lah. Menyesal nanti tak berguna sudah. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping