Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Bukankah sebelum ini Semut pernah menyatakan idea yang diketengahkan oleh Calon PAS di Pilihanraya DUN Galas sudah ketinggalan zaman. Mana tidaknya, baru sekarang beliau ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk menubuhkan Urusetia Hal Ehwal Orang Asli?
...Dewan Serbaguna...
Sedangkan Kerajaan Pusat yang dituduh tidak menjaga hak dan kepentingan masyarakat peribumi sudah lama menyediakan kemudahan kepada mereka. Lihat sahaja gambar - gambar dibawah.
...Rumah Batu...
Jelas, Kerajaan Pusat dibawah pentadbiran Barisan Nasional sudah lama menjaga kebajikan masyarakat orang asli ini. Malah tidak terkecuali Negeri Kelantan yang mendakwa tidak mendapat bantuan dari kerajaan pusat.
...Tidak Lupa Pusat Pendidikan Kanak - Kanak...
Bukti sudah ada, masihkah mereka mahu menafikannya? Masihkah mereka mahu menipu rakyat dengan dakyah - dakyah penipuan semata - mata? Adakah rakyat mahu terus memberi sokongan kepada sebuah parti seperti ini? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.