Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kesempatan mengikuti rombongan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia hari ini, Shahanim hari ini menziarahi Kem Hendrop, Post Ber, Gua Musang. Aktiviti mereka hari ini kebanyakkannya berjumpa dengan masyarakat orang Asli sambil beramah mesra dengan mereka.
Selain itu, Puteri UMNO Malaysia juga menyediakan khidmat Pemeriksaan Kesihatan dengan menggunakan peralatan Mobile Care Unit yang mampu memeriksa degupan jantung, tekanan darah, kencing manis dan sebagainya.
Shahanim turut disertai oleh Pengerusi Biro Kesihatan Puteri UMNO Malaysia, Zahida Zarik Khan dan ahli Pergerakan Puteri UMNO Kedah, Bahagian Gua Musang, serta Bahagian Pandan.
Program seumpama ini mampu merapatkan hubungan diantara UMNO dan rakyat dengan memberi perhatian kepada masyarakat yang memerlukan. Program ini juga turut memupuk semangat sukarelawan dikalangan ahli Puteri khususnya dan menjadi contoh kepada masyarakat lain. Barulah boleh kita katakan 'Kepimpinan Melalui Tauladan'.
Yang baik kita jadikan ikutan dan yang buruk kita jadikan sempadan. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.