Ahad, Oktober 31, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Mungkin kerana kehabisan modal atau peluru untuk berjuang, mereka sudah mula mungkiri janji. Sebelum ini mereka sendiri pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan menyentuh peribadi mana - mana pihak. Tetapi ternyata perkara tersebut gagal.

PAS dikatakan mula menyerang peribadi lawan sejak dari mula lagi. Walaupun secara sindiran dan tempias, ia tetap merupakan serangan yang nyata. Kenyataan mereka mengecam taraf pendidikan calon BN sebelum ini juga boleh dianggap sebagai serangan ke atas peribadi.

Terbaru, mereka beralih kepada Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional, Tengku Razaliegh Hamzah. Mereka mula mempersoalkan khidmat YBM Ku Li sebagai ahli Parlimen selama ini. Diantara yang mereka pertikaikan ialah sumbangan YBM Ku Li sebagai ahli Parlimen Gua Musang selama 40 tahun dan tindakan sengaja 'menghilangkan' fail masalah penduduk orang Asli.

Mereka juga turut mempertikaikan Ku Li sebagai pengkhianat kerana memperjuangkan Barisan Nasional dan mengenepikan perjuangan mereka dalam tuntutan royalti minyak.

Jelas, selepas mereka dipertikai dengan hebat kini mereka cuba mencari orang lain untuk dipersalahkan. Setelah mereka tercungap - cungap untuk menjawab persoalan apa sumbangan mereka selama 20 tahun, akhirnya mereka salahkan Ku Li pula dan menjadikan beliau sebagai kambing hitam.

Secara tidak lansung, mereka turut mempertikaikan diri sendiri yang memang jelas tidak dapat menjalankan tugas mentadbir Negeri dengan baik. Kompetensi mereka memang jelas gagal sama sekali. Masihkah rakyat tidak dapat melihat kebatilan ini dan membiarkan ianya berterusan? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping