Ahad, Oktober 31, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Menjadi satu persoalan kepada Semut apabila wujud sekelompok manusia yang bergelar rakyat Malaysia mempertikaikan ideologi Negara mereka sendiri. Kadang - kadang apa yang mereka pertikaikan hampir tidak masuk akal, atau memang tidak boleh diterima sama sekali.

Bagaimana mungkin mereka boleh mendakwa Negara ini tidak mengamalkan dasar demokrasi? Adakah mereka ini buta dan tidak sedar dengan keadaan sekeliling mereka? Atau adakah mereka kurang sifat 'sense of awareness' sehingga tidak dapat melihat dengan jelas keadaan sebenar?

Bagaimana mereka boleh menyatakan Malaysia bukan sebuah Negara demokrasi sedangkan sistem pentadbirannya berasaskan Pilihanraya? Hak untuk menentukan wakil rakyat terletak ditangan pengundi untuk memilih. Tidak cukupkah dengan itu?

Apakah mereka tidak melihat kebebasan masyarakat majmuk dinegara ini menganuti dan melaksanakan ucapacara keagamaan masing - masing? Budha dengan budhanya, hindu dengan hindunya, kristian dengan kristiannya. Malah mereka juga dibenarkan membina tempat penyembahan masing - masing. Adakah ianya masih tidak mencukupi?

Mereka juga diberi kebenaran menerbitkan akhbar dengan tulisan ibunda mereka sendiri. Tidak pernah pula ada mana - mana akhbar ini yang mendapat tentangan dari pihak berkuasa mahupun KDN. Tidak ada ketetapan yang khusus mendesak agar mereka wajib menulis setiap artikel, berita dan sebagainya dalam bahasa kebangsaan. Itu hak mereka.

Kerajaan juga tidak pernah mengasimilasikan mana - mana bangsa yanga ada didalam negara ini seperti yang berlaku di negara lain. Sebagai contoh terdekat, Thailand dimana masyarakat cina diasimilasikan sehingga hilang budaya cina mereka. Perkara sedemikian tidak pernah berlaku di negara ini.

Jadi kenapa masih ada pihak yang mempertikaikan ideologi negara? Jika benar mereka rasa tidak selesa dengan perlaksanaan dasar serta ideologi negara ini, maka adalah lebih baik mereka kemas barang dan tukar kewarganegaraan masing - masing. Ianya lebih baik dari menyusahkan orang lain. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping