Satu perkara yang sangat - sangat jarang kita dengar. Malah Semut sendiri tidak mempercayainya bila kali pertama mendengar laporan tersebut dikaca televisyen. Tetapi apabila memikirkan bahawa mereka sudah berubah, sedikit sebanyak ianya boleh diterima akal.
Mana tidaknya. Sebelum ini, kita tidak pernah dengar yang PAS sanggup mengeluarkan wang semata - mata untuk membayar 'elaun' pengundi luar. Malah mereka menawarkannya kepada semua anak - anak diperantauan sebanyak RM 250.00 seorang agar pulang pada hari mengundi kelak.
Kononnya mereka mendakwa wang tersebut dikeluarkan bagi menjadi insentif agar anak - anak diperantauan ini dapat pulang dan menunaikan tanggungjawab mereka.
Wah, kalau sebelum ini bukan main sedap mulut mereka menuduh UMNO/BN memberi rasuah kepada pengundi luar dengan bayaran sedemikian. Tapi kalau mereka buat, boleh pula. Inilah hakikat sebenarnya PAS hari ini. Mereka sanggup mengadaikan dan menelan semula tohmahan dan kutukan yang mereka lemparkan kepada UMNO/BN dahulu.
Masihkan rakyat terpengaruh dengan dakyah - dakyah mereka ini? Sedarlah dan bangkitlah dari terus dibuai mimpi kerakusan kuasa mereka ini. Jangan biarkan diri kita terus hanyut dan leka dengan keinginan mereka semata - mata. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Para ustaz-ustaz PAS sebenarnya layak menjadi penceramah-penceramah tetap, mengajar di masjid-masjid dan surau-surau, dan sambil mengajar, 'kotak berlubang' dipaskan untuk dapat derma.
BalasPadamMereka tidak cukup pandai untuk 'berdakwah melalui pendekatan politik'. Itulah sebabnya jadi CAKAP TAK SERUPA BIKIN.