Ahad, Oktober 31, 2010

...Tenaga Kerja Murah???...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Mungkin inilah sebabnya mengapa mereka beria - ia mahu membenarkan mahasiswa berpolitik. Belumpun sebarang ketetapan dibuat, sudah wujud segelintir dari mereka yang hadir dengan berpayungkan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).

Semalam dilaporkan 200 orang dari pertubuhan tersebut telah ditahan polis ketika sedang sibuk menyebarkan risalah. Kononnya dakwaan mereka hadir adalah untuk menjelaskan mengenai Budget 2011 dan isu Menara Warisan Merdeka. 4 dari mereka telah ditahan Polis untuk siasatan lanjut.

Nama pertubuhan ini sahaja sudah memberi penjelasan mereka berpihak kepada siapa dan siapa bapanya. Jelas fahaman PAS sudah mula meresap ke dalam jiwa pewaris Negara di menara gading. Dalam ertikata lainnya, mereka menjadi Gestapo PAS di Universiti - Universiti untuk menyemai benih - benih kebencian terhadap kerajaan Pusat. Maka sebab itulah mereka terutamanya beria - ia mahu Kerajaan memberi kebenaran agar Mahasiswa boleh berpolitik dan terlibat secara lansung.

Hakikatnya, golongan pelajar ini merupakan diantara 'Human Capital' atau modal insan yang dikatakan oleh puak - puak PAS sebelum ini. Modal insan yang mudah diperalatkan dan diperkotak katikkan ini dijadikan aset buat mereka menyerap dakyah - dakyah yang menentang Negara sendiri.

Mahukah kita melihat masa depan anak bangsa ini tergadai kerana mempercayai penyelewengan yang dilakukan oleh pihak berkenaan? Mahukah kita membiarkan masa depan Negara tergadai sepertimana tergadainya perjuangan mereka? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Gambar diambil dari Malaysiakini.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Aduh, adik-dik aku ini, tak mengenang budi langsung. Duit dari mana belajar tu. Polisi siapa yang membuka peluang kamu belajar? Jangan ikut kan nafsu PAS tu. Pas tak kira adik nak jadi apa lepas ini, janji dia menang. Kesian ibubapa di rumah, ingatkan belajar, rupa nya kurang ajar. Dah. balik pergi kuliah, peperiksaan dah dekat.

    BalasPadam
  2. Mahasiswa/siswi GAMIS,

    Pi la balik kampus, jangan menyibuk kat situ. Balik baca buku lagi baik. Lagipun kalau hangpa kantoi, hangpa nak kerja apa? Takkan la nak kerja jual harakah saja. Nanti hutang PTPTN pun hangpa nak bawak ke mati. Akhirat esok kantoi pulak kerana hutang tak bayar. Nak masuk syurga yang disedia N.Ajis mcm mana. Yang pompuan tu aku tak heran sangat. Habis-habis busuk, dapat jadi bini no 2,3,4 pemimpin PAS. Maklum lah depa dok sibuk buat ceramah bukan apa ... nak cari dapur baru sebenarnya.

    BalasPadam
  3. Abu Garcia, kalu U org melayu...Kalu U org 1 Malaysia...buatpa hang letak nama hang Abu Garcia??? buat malu ja...penakut & penuh hipokrit, memfitnah !!!sedarlah akan kebangkitan dan kemenangan Islam...kalu U terus mau terpesong dengan perasaan dan pemahaman U skrg...itu ikut suka U lah...tapi jgn U sesal di akhir nanti...U ni mesti jauh dr Islam kan, Masjid x penah pegi,,kuliah x penah hadir, Pendidikan Islam Fail...telah di UMNOKAN...U x Paham Islam ke? pergilah U dgn pemimpin2 U yg Jauh dari kebenaran tu...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping