Rabu, Oktober 27, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Semut mohon kepada semua. Tolonglah, sesiapa pun. Kejutkanlah Ketua Penerangan PAS Pusat ini dari lena beliau yang panjang. Usahlah biarkan beliau diulit mimpi - mimpi disiang hari yang sudah pasti tidak akan menjadi kenyataan.

Beliau hari ini masih menegaskan bahawa Sabah merupakan Negeri Termiskin sedangkan hasil buminya sangat banyak. Dalam kenyataan beliau turut menjelaskan bahawa Kelantan berada pada tahap 6 manakala Sabah berada dalam kedudukan pertama.

Beliau turut menjadikan taraf pendidikan formal sebagai kayu pengukur dalam memilih calon di PRK DUN Galas dengan menyifatkan calon PAS mempunyai pendidikan yang tinggi berbanding calon pilihan BN. Kononnya, calon yang dipilih oleh PAS itu merupakan calon yang tepat.

Beliau juga menyifatkan kemenangan PAS di Galas kelak bakal melonjakkan momentum untuk menawan Putrajaya. Seterusnya mengambil alih pemerintahan diperingkat Persekutuan pula.

Jelas beliau memang sedang dilamun mimpi. Mimpi yang dibuaikan oleh Anwar Ibrahim, Ketua Penipu Rakyat itu. Mana mungkin kemenangan Dewan Undangan Negeri mampu membawa PR lebih dekat ke Putrajaya? Nama pun Dewan Undangan Negeri, kalau Parlimen Batu Sapi boleh terima akal lagi.

Persoalan Semut, dari mana beliau mendapat statistik yang menyatakan Sabah sebagai Negeri Pertama dalam senarai Negeri Termiskin Negara? Jika Sabah negeri pertama, Terengganu kedua, siapa pula yang ketiga dan keempat serta seterusnya? Kenapa beliau tidak meletakkan senarai rujukan dimana boleh rakyat merujuk kenyataan beliau itu? Dalam erti kata lainnya, kenyataan beliau itu dibuat tanpa sebarang bukti dikemukakan.

Bagaimana mungkin beliau berharap rakyat boleh percaya dakyah songsang sedemikian rupa? Jangan lah menipu rakyat. Jika benar apa yang beliau kata, sila dedahkan buktinya. Pautan dimana rakyat boleh melihat dan membaca sendiri statistik yang dinyatakan beliau itu. Jangan sekadar suka- suka sebut sahaja. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Itu Statistik hasil kajian di sekolah pondok le... Kenapa dia tak buat kajian tahap kejernihan air. Kelantan dok kat tahap ke berapa? Sure tahap dekat dengan air zam-zam kot?

    Ayuh kita pakat turun metedarah air di kelantan? Siapa antara kita yang sanggup minum direct dari pili dia aku bagi hadiah lubang kunyit...

    Saja melawak dengan bewak PAS..

    BalasPadam
  2. Jika benar Sabah Negeri termiskin di Malaysia apa yang PAS boleh buat. Kalau PAS berkebolehan untuk mengkayakan Sabah, rakyat Sabah tidak ragu-ragu untuk undi PAS. Lebih baik PAS makmurkan Kelantan dan Kedah dahulu sebelum bercakap tentang Sabah. Sebenarnya PAS tidak layak bercakap tentang kekayaan kerana PAS sendiri sebuah parti yang miskin. Setiap kali berceramah maka lintang pukanglah barua-barua PAS memungut sedekah dari orang ramai yang hadir kononnya untuk tabung jihad. Sepatutnya PAS yang memberi sedekah kepada rakyat, bukan rakyat yang memberi sedekah kepada PAS. Apakah Kelantan dan Kedah yang diperintah PAS Negeri yang terkaya di Malaysia jauh panggang dari api.
    Tak payahlah PAS bercakap tentang kekayaan kerana Kelantan yang diperintah PAS tergolong negeri temiskin di Malaysia..

    BalasPadam
  3. hasil dari kutipan derma tu la, PAS dapat beli bangunan umno kb....

    harta sendiri boleh tergadai....haru

    tapi x heran pun, pulau batu putih pun boleh tergadai kat singapura...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping