Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kalau dah penipu tu, penipu lah jugak. Buat lah statemen macam mana sekali pun, kerja lainnya mesti nak menipu juga. Nama sahaja Ketua Penerangan, tapi isi dan bahan penerangannya semua tipu belaka.
Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat hari ini mendakwa bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu merasa malu kerana Sabah yang hakikatnya kaya dengan Mahsyul Bumi menjadi diantara negeri termiskin di Malaysia. Dakwaan beliau bahawa Sabah dibawah BN masih jauh ketinggalan dan menjadi Negeri nombor satu termiskin di Negara ini.
Mungkin Idris Ahmad ini sedang bermimpi disiang hari. Mungkin beliau terlupa bahawa Kelantan masih merupakan salah satu Negeri dalam Malaysia ini. Dan Semut beranggapan bahawa Idris Ahmad ini tidak membuat 'kerja rumah'nya sebelum mengeluarkan apa - apa kenyataan. Mungkin juga Idris Ahmad mahu mengatakan bahawa rakyat Sabah kolot dengan kenyataan ketinggalannya.
Tidak sedarkah beliau bahawa Kelantan merupakan Negeri termiskin dalam Malaysia? Adakah beliau malu untuk menyatakan demikian kepada rakyat? Atau sengaja mahu menutup kesilapan dan kelemahan diri sendiri sampai sanggup menjual tipu helah kepada rakyat?
Dimana ketelusan dan kebenaran yang diperjuangkan oleg PAS selama ini? Dimana kejujuran dalam setiap perbuatan yang selama ini digembar - gemburkan oleh pemimpin PAS seperti Idris Ahmad ini? jangan bermimpi disiang hari. kelak merana diri sendiri. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

Adakah semestinya apabila Politik saja mesti menipu? Menjerit saja, akulah ulama!! tapi rupanya ulama ikan kering, mata dan telinganya tak berfungsi. Fikirannya lagilah keras macam otak ikan kering, terima sajalah HAKIKAT bahawa PAS memang lemah dan tak bermaya lagi. PKR hancur dan DAP terkubur.
BalasPadamsalam,
BalasPadambiasa la kawan syaitan. kalau tak bohong dan membuat fitnah bukan kawan baik syaitan. tok guru cakap yer.... kita kena tahu mana kawan dgn syaitan mesti ikut syaitan. tak ada syaitan yg ikut manusia.... tak masuk sorga pas.