Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kalau kita pakai Yahoo Messeger, dia ada satu imocon yang meggeleng kepala tanda terkejut dan tidak percaya. Itulah reaksi Semut tatkala mula - mula membaca posting dari blog Galas Untuk BN sebentar tadi.
Kalau sebelum ini, beria - ia Menteri Besar Kelantan menabur janji mahu mencalonkan anak tempatan sebagai calon Pilihanraya Kecil DUN Galas. Kemudian beliau menamakan Dr. Zulkefli Muhamad sebagai calonnya. Walaupun beliau Timbalan Pesuruhjaya PAS Gua Musang, tetapi beliau bukanlah anak tempatan sejati.
Beliau yang merupakan pendatang dari Kuala Krai itu telah dipilih menjadi Timbalan kerana latarbelakang ayahnya dahlu yang juga Tokoh Penerangan PAS Kelantan. Hanya sebab itu, beliau dinobatkan sebagai Timbalan, bukan atas kredibiliti beliau sendiri.
Membaca profail Dr. Zulkefli ini, beliau merupakan salah satu produk kejayaan Kerajaan Barisan Nasional. Mana tidaknya, beliau juga menuntut ilmu di Sekolah Bantuan Kerajaan sebelum berjaya menjadi seorang Doktor. Malah beliau turut berkhidmat sebagai seorang Doktor Hospital Kerajaan sebelum membuka klinik persendiria.
Dua perkara yang Semut ingin ketengahkan disini. Pertama, sebagai seorang Tok Guru Mursyidul Am PAS sendiri mengingkari janjinya. Dulu beliau janji nak letak calon anak tempatan, sedangkan Dr. Zulkefli bukan anak tempatan. Sebaliknya beliau anak kelahiran Kuala Krai.
Tahan lagi calon BN. Walaupun PAS cuba melaga - lagakan calon BN dengan kepimpinan UMNO di Gua Musang, setidak - tidaknya beliau anak kelahiran Gua Musang. Maka sudah tentu beliau tahu selok belok Gua Musang lebih baik dari orang luar.
Kedua, Dr. Zulkefli merupakan contoh sebenar sikap tidak mengenang budi PAS terhadap Kerajaan BN selama ini. Mana tidaknya, beliau dapat menjadi seorang Doktor hari ini adalah kerana jasa Kerajaan BN. Jika tidak, mana mungkin beliau boleh jadi doktor dan membuka klinik sendiri. Jelas Dr. Zulkefli merupakan seorang yang tidak mengenang budi.
Maka bagaimana mungkin orang seperti ini mahu dipilih menjadi Pemimpin Rakyat? Belum apa - apa, peribadi beliau sudah jelas dapat digambarkan. Bayangkan sebegitu besar jasa Kerajaan kepada beliau agar dapat menyara hidup dengan menjadi doktor, tetapi beliau menikam semula tangan yang meyuap nasi kemulutnya. Umpama kacang lupakan kulit.
Bagaimana beliau mahu memperjuangkan nasib rakyat sekiranya beliau tidak mengenang budi dan jasa orang lain? Tidak mustahil beliau turut tidak mengenang budi rakyat yang memilihnya dikemudian hari kerana beliau sudah pun melakukannya dulu. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

Dulu calon PAS lulusan SPM pun, BN terpelajar dorang kutuk BN. skunk dah jadi terbalik pulak, depa kutuk calon bN yg lulusan SPM... Cakap tak punya bikin la org PAS ni...
BalasPadam