Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia.
Perasmian Persidangan Agung UMNO Malaysia 2010 telah dilansungkan pagi tadi. Ianya turut dihadiri oleh dua tokoh besar dalam UMNO yang juga merupakan bekas Presiden UMNO Malaysia sebelum ini. Demikianlah Transformasi yang dilakukan oleh YAB Presiden UMNO, DS Najib Tun Razak sejak beliau menjadi Presiden UMNO dua tahun yang lalu.
Jika sebelum ini, tidak pernah lagi Semut lihat Mantan Presiden dijemput menghadiri Perhimpunan Agung UMNO walaupun bagi sesi Perasmiannya. Terutama sekali pada ketika Tun Abdullah menjadi Presidennya. Tahniah Semut ucapkan kepada DS Najib.
Diantara intipati yang diseru oleh DS Najib dalam ucapan dasarnya pagi tadi adalah agar ahli UMNO dan bangsa Melayu khususnya bersiap siaga untuk memenuhi hak mereka. Tuntutan dan perjuangan kepada hak Melayu ini kata beliau tidak mungkin dapat dipisahkan lagi dengan UMNO. Ianya umpama kulit dan daging.
Presiden UMNO itu juga sudah tidak mahu mendengar bahawa bangsa Melayu ini lemah. Beliau tidak mahu lagi mendengar alasan dengan mengatakan Melayu ini ketinggalan. Jauh sekali beliau mahu mendengar bangsa Melayu ini terus menjadi bangsa yang hanya pandai meminta - minta.
Harapan beliau adalah agar bangsa Melayu menjadi bangsa yang Glokal. Berfikiran Global dan bertindak secara lokal. Adalah wajar saranan dan seruan itu dijadikan sebagai renungan dan panduan buat semua ahli terutamanya golongan muda. Jangan hanya tahu mempertikai apa yang diberi. tetapi mereka perlu mengambil peluangyang disediakan sementara ianya masih ada. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.