
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Apa yang Mat Sabu mengarut ni? Bagaimana mungkin beliau boleh menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional tidak melaksanakan dasar demokrasi sedangkan sudah terlalu banyak kebebasan yang diberikan kepada rakyat serta pembangkang terutamanya selama ini.
Namun seperti biasa, pembangkang sengaja membelakangkan kelebihan yang diberikan oleh UMNO dan BN serta membuat dakwaan yang bukan - bukan. Seperti yang beliau nyatakan hari ini dalam Harakah Daily. Beliau mendakwa UMNO/BN tidak memberi ruang yang sempurna dalam pentadbiran negara.
Beliau turut menyelar tindakan UMNO dan Barisan Nasional yang memperalatkan SPR, SPRM dan Media menyebabkan Demokrasi Negara semakin menjunam. Malah beliau juga tetap menegaskan bahawa PR (Penipu Rakyat) tidak pernah mempertikaikan apa yang termaktub dalam Perkara 153 selama ini.
Hai Mat Sabu. Bukankah Kerajaan sudah memberi ruang buat pembangkang agar mereka dapat bersuara didalam Parlimen? Malah mereka juga diberi ruang untuk membawa sebarang usul yang difikirkan wajar dipertimbangkan dalam Dewan Rakyat selama ini. Tidak cukupkah dengan itu?
Bukankah dalam melaksanakan tugas mereka, SPRM juga turut mendakwa ahli UMNO dan BN jika berlaku penyelewengan? Bagaimana mungkin beliau boleh menyifatkan Suruhanjaya Pilihanraya itu diperalatkan sedangkan ada juga poster dan sepanduk Barisan yang diturunkan oleh mereka sebelum ini.
Malah mereka juga turut menerima pencalonan dari pembangkang. Jika benar dakwaan bahawa SPR diperalatkan oleh UMNO dan BN, maka tidak mungkin pembangkang layak menjadi calon dalam mana - mana pilihanraya. Orang UMNO dan BN tidak mungkin diheret ke Mahkamah apabila ada kes yang melibatkan mereka oleh pihak SPRM jika benar mereka dipergunakannya. Tak logik.
Mengenai isu pertikaian Perkara 153, mungkin Mat Sabu tidak membaca atau mendengar berita. Bukankah si Anak Kecil kesayangan Ketua Penipu itu pernah dikecam kerana sebelum ini beliau mempertikaikannya? Bukankah si Tony Puaka itu pernah mempersoalkan ekuiti Melayu dan Bumiputera dalam pemilikan hartanah sebelum ini? Apakah beliau lupa apa yang pernah dipertikan oleh DAP selama ini?
Persoalan yang selama ini ditanya kepada beliau mengenai dakwaan yang dibuat dalam tahun 1990an terhadap si Ketua Penipu itu pun masih belum terjawab. Itupun dah nak buat cerita lain pulak? Apa kes? Jangan lah menipu rakyat dengan mengeluarkan kenyataan palsu semata - mata untuk meraih simpati rakyat. Hentikan pertikaian yang bukan - bukan. Sepatutnya beliau perlu lihat apa yang ada dihadapan mata. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Ini jenis orang yang bangun pagi tak cerminkan diri dulu. Terus buat kerja je. Dia ingat dah handsome sangat dengan rambut serabai dan air liur melekat kat bibir tu agaknya.

Tuan ada baca NST 24/10/10 kenapa cerdik pandai malaysia malas nak,pulang berkerja di negara ini.Jangan dok merapu dan menyalahkan orang bila dikritik.Lu fikir lah sendiri.
BalasPadam