
...Dan Anugerah Pelakon Lelaki Paling Popular Jatuh Kepada...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Ke mana lagi si Ketua Penipu ini nak melarikan diri? Tak cukup dengan skandal kes Liwat yang semakin hari semakin hampir ke kemuncaknya. Cuma waktu sahaja yang masih ditunda - tunda dan dirayu - rayu untuk mendapatkan kebenaran yang sebenar - benarnya.
11 November nanti, kes mata lebam pula akan didengar di mahkamah. Kes tersebut juga membabitkan Anwar Ibrahim yang di saman oleh Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sebelum ini. Tan Sri Musa memfailkan saman tersebut pada Julai 2008.
Dan yang terbaru sekali, laporan Polis yang dibuat oleh seorang lagi bekas Pembantu Peribadi Anwar, Rahimi yang mendakwa dipaksa membuat surat akuan bersumpah pada tahun 2008. Selain akuan bersumpah mengenai Saiful Bukhari, Rahimi Osman juga dikatakan telah dipaksa menandatangani satu lagi surat akuan sumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dan Isteri.
Semut ingatkan itu sahaja laporan yang dibuat terhadap si Ketua Penipu itu. Rupanya ada lagi. Kali ini ianya melibatkan seorang lagi individu yang bernama Rashid membuat laporan mengenai salah laku seks si Ketua Penipu itu. Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Shah Alam pagi tadi.
Fuh! Puas la si Ketua Penipu itu nak bersilat lepas ni. Dah satu - satu kes yang melibatkan beliau dikaitkan. Tetapi bagi beliau semua itu bukan soal MARUAH. Ianya hanya mainan politik. Jadi tak perlu untuk beliau rasa takut sehingga pergi mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki. Ke masih perlu? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

Drama bersirilah katakan..sebab tu panjang meleret-leret.Makin nak ending makin sedap..
BalasPadam