
...The Rivalry Continued...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Perkara yang sangat sinonim dengan Biskut Chipsmore yang membawa pendekatan 'Sekejap ada, sekejap takde'. Malah senang untuk orang mengenali jenama biskut tersebut dengan tagline itu sahaja.
Mungkin itu juga senario yang dimainkan oleh Parti Keldaikan Rakyat (PKR) hari ini. Semalam kecoh dikatakan si Anak Kecil tidak layak bertanding jawatan Timbalan Presiden. Kononnya sebab tidak cukup pencalonan. Alih - alih, hari ini si Siputdin kata boleh pulak. Macam ada sesuatu yang tak kena je ni. Yang jelas, rakyat juga yang ditipunya.
Jangan lepas ni si Anak Kecil, Nurul Izzah tu umum tak mahu bertanding bagi jawatan tersebut sudah lah. Beria dah orang meraih simpati untuk dia ni, terutamnya Cabang PKR Semporna semalam. Kononnya mereka dakwa wujud ketidak adilan apabila pencalonan yang mereka kemukakan ditolak oleh PKR Pusat. Katanya tidak ada notis mengenai tarikh akhir pencalonan tersebut.
Itu persoalannya. Senang - senang je ubah keputusan ni, macam mana? Boleh pulak macam tu ye? Dibuatnya si Anak Kecil tu tidak mahu bertanding, lagi haru nanti. Kalau dia mahu bertanding juga, adakah orang lain pun turut akan 'back down' terutamanya si Azmin Ali?
Tapi pujian perlu diberi kepada si Zaid Ibrahim. Dalam kemelut ini nanti, dia akan terus bertanding sebagai Presiden sebab dia layak. Maka mahu atau tidak si Azmin Ali nanti terpaksa juga berboskan Zaid Ibrahim. Punah harapan si Azmin untuk terus berkuasa. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.