
...Kenapa Tak Dakwah Orang Yang Duduk Kerusi Depan Ni???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sahlah orang PAS ini hipokrit belaka semuanya. Sebelum ini mereka beria - ia menghentam UMNO dan Barisan mengamalkan parti perkauman. Kemudian Mursyidul Amnya dengan bangga tidak mengaku Melayu. Sekarang mereka mahu kata mereka memperjuangkan Melayu?
Demikian yang cuba disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Ijtimak, Mohd Draman ketika membaca resolusi tersebut. Beliau menyatakan Agenda PAS perlu direalisasikan untuk mengantikan UMNO dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap UMNO dan golongan atas pagar, mengelak serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan.
Malah sebelum ini juga, Presiden PAS denga rela hati mengajak orang Melayu menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan bagi menggantikan UMNO. Kononnya menurut beliau UMNO bukan lagi parti yang mampu memperjuangkan hak rakyat. Maka beliau dan kepimpinan PAS kononnya sedia memikul tanggungjawab tersebut.
Saranan Semut supaya Presiden PAS itu dan seluruh kepimpinannya menumpukan penerangan dan dakwah Islam kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS terlebih dahulu sebelum mahu berdakwah dengan orang UMNO. Untuk apa mereka memperkasakan DHPP semata - mata untuk menentang saudara seagama dengannya?
Bukankah lebih baik mereka menjadikan DHPP itu sebagai umat Islam yang taat dan taqwa kepada Allah S.W.T dari membenci orang - orang UMNO yang jelas tidak mendatangkan apa - apa faedah. Janganlah nampak nyamuk diseberang lautan, tetapi tidak nampak gajah dihadapan mata. Buta nanti susah pula. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

itulah puak PAS...ni 21 dalil utk bezakan PAS dan UMNO...
BalasPadamhttp://badutrakyat.blogspot.com/2010/10/21-dalil-pas-termasuk-dalam-perkara.html
DHPP taring belum keluar lagi...nanti mereka akan mula menuntut sesuatu yang baru.....anwar sudah menjahanamkan PAS melalui puak erdogan....DHPP menunggu peluang sesuai mengikut kehendak DAP...abis apa yang tingal dalam PAS
BalasPadamkita berdakwah, itu tanggungjawab muslim....
BalasPadamyg berhak memberikan hidayah adalah Allah, kita x berhak memaksa seseorg itu memeluk islam, bukan kuasa kita...usaha kita terbatas dgn berdakwah.....HIDAYAH MEMELUK ISLAM ADALAH HAK ALLAH,JGN MEMERTIKAIKAN HAK ALLAH!!!!